Mengapa Denhipokrito?
Apakah Itu DENHIPOKRITO....???
AHHAHAHAHA... jet2 cam benda serious je aku nii...
Den diambil dari kamus Minang-Melayu adalah bermaksud 'AKU'..
Manakala Hipokrito yang juga diambil dari Kamus JetJetFrancis adalah bermaksud Hipokrit ye tuan2 sekalian umat...
jadi, jika dirumus dengan berkat kesungguhan menggunung DenHipokrito bermaksud
AKU HIPOKRIT
yess.... hipokrit ini sinonim dengan segala benda2 atau perkara2 yang negatif..Namun jika dikaitkan dengan dunia puisi atau kiasan ianya stabil dari sudut prons and corns.. (acah2 doktor falsafah gitu uolls)
Aku menafsirkan hipokrit itu sama ertinya dengan manipulasi, lakonan, sandiwara atau pura-pura..
BIARLAH! DIMATA AKU.. kau sibuk kenapa??
Aku hidup penuh hipokrasi kerana aku seorang pelakon..
PELAKON DUNIA REALITI..
Aku bisa berubah watak, berubah perasaan, berubah tingkah laku atau membawa watak yang berbeza-beza dalam satu masa.. Mungkin kau akan kata ambooii Berlagak bonar budak ni...
atau ada yang akan kata Bertalam-2 budak ini.. Kau salah.. hmm.. persetankan dengan tafsiran kau kerana itu pendapat kau dan kau berhak terhadap setiap apa yang kau mahu perkatakan... hakikatnya, aku masih manusia.. Manusia yang hanya punya satu hati... Jasadku amat berkebolehan, amat bijak sekali... Dialah si PELAKON itu,... Hati aku bernama Kirana.. dia tak hebat seperti jasadku yg hebat bersandiwara... Maka mustahil baginya menyembunyikan hakikat.. Terima kasih jasad, kau bantu hati utk menunjukkan diri secara terang-terangan...
Hahahahhahaha... suuudddaaahhhh!!! apa yang aku karutkan!
Biarkan mereka terus membaca apa yang si hipokrit ini bisingkan... dia hanya mampu menulis atau menaip kerana aku tak bisa bersuara...
Begitu;ah ye anak-2 pada hari ini kita memahami tafsiran denhipokrito..
- Jangan LUPA kerja sekolah siapkan, assignment bereskan.. kita jumpa minggu depan...
BYE ASSALAMUALAIKUM...